mrsice_21: (Default)
mrsice_21 ([personal profile] mrsice_21) wrote2017-05-12 10:28 am
Entry tags:

Sweet Otaku

I could try you with a waltz. I could try you with rock and roll. I could try you with the blues. If a song would do. Rayyan menyanyi kecil di tempat duduknya di dalam kapal terbang. Dia menyanyi lagu Marit Larsen, If A Song Could Get Me You. Lagu ini merupakan lagu kegemarannya. Rayyan baru sahaja menyelesaikan pengajiannya di Mesir. Dia pulang ke Malaysia sambil menggenggam erat sebuah ijazah jurusan syariah. Rayyan sudah tidak sabar untuk bersama kembali dengan keluarganya. Dia sangat merindui mereka. Masakan tidak, sudah bertahun lamanya dia tidak pulang ke Malaysia kerana terlalu sibuk dengan pengajian. Ketika cuti pula, dia sibuk dengan aktiviti kebajikan yang dianjurkan universitinya. Rayyan bernasib baik ibu bapanya sangat memahami dirinya. Dia sangat bersyukur dianugerahkan ibu bapa yang sangat penyayang. Tanpa pertolongan ibu bapanya, tidak mungkin Rayyan boleh sampai sejauh ini.

Rayyan masih ingat ketika kecil, bapanya akan mendukungnya di atas bahu sambil berjalan pergi ke masjid. Rayyan dididik dengan ajaran agama yang kuat dari kecil. Dia mula membaca Al-Quran seusia 6 tahun dan mula menghafalnya pada umur 7 tahun. Pada umur 8 tahun, bapanya mula membawanya ke kelas-kelas pengajian agama. Ketika kanak-kanak seumur dengannya sibuk bermain dengan lumpur, Rayyan pula lebih gemar mengikut bapanya ke kelas-kelas pengajian. Jiwa Rayyan merasa lebih tenang apabila menghadiri kelas. Mungkin kerana itu merupakan taman-taman syurga seperti yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w. Rayyan membesar dengan suasana di mana Al-Quran dan hadith sangat dititik beratkan dalam kehidupan seharian.

Mungkin kerana itu Rayyan membesar sebagai seorang yang teguh dengan ajaran agama. Rayyan merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik. Kakaknya Mariah, merupakan anak yang sulung. Mariah dua tahun lebih tua berbanding Rayyan. Dia memiliki tubuh yang genit, paras rupa yang cantik, kulit yang cerah dan licin, matanya bulat, dahinya luas seperti dalam cerita animasi. Mariah juga merupakan seorang hafizah. Dia seorang yang sopan-santun dan lemah lembut. Dia tidak pernah meninggikan suaranya apabila bercakap. Mungkin kerana itu terlalu ramai lelaki yang inginkannya sebagai isteri. Ramai yang datang meminang tetapi semuanya ditolak. Mariah masih belum bersedia. Ada banyak lagi yang ingin dipelajarinya.

Mariah bersyukur ibu bapanya tidak pernah mempersoalkan tindakannya. Mereka seolah-olah memahami akan jiwanya yang masih mahu diisi dengan ilmu. Kerana itu Mariah tidak pernah berlaku biadap dengan ibu bapanya mahupun tidak taat kepada mereka. Dia sangat menyayangi kedua-dua ibu bapanya. Dia juga sangat menyayangi adiknya, Rayyan. Rayyan merupakan satu-satunya adik yang dia ada. Jadi kadang-kala Mariah bersikap overprotrective terhadap adiknya. Dia merasakan sebagai kakak, dia ada kewajipan untuk melindungi adiknya walaupun adiknya seorang lelaki. Tambahan lagi, ramai anak gadis yang menginginkan adiknya. Di depan Rayyan mereka akan berpura-pura baik untuk memenangi hatinya. Bukan Mariah tidak tahu. Kerana itulah, dia fikir dia perlu melindungi adiknya sehinggalah muncul seseorang yang ikhlas terhadap Rayyan.

Rayyan merupakan seorang yang tinggi. Tingginya ialah 178 cm. Badannya tegap. Walaupun Rayyan sibuk menghadiri kelas agama, tetapi dalam masa yang sama bapanya menghantarnya ke kelas taekwondo. Rayyan sangat rajin berlatih seni mempertahankan diri hingga melayakkannya memiliki tali pinggang hitam. Kulit Rayyan juga cerah dan licin seperti Mariah. Dia mempunyai mata yang kuyu dan redup. Hidungnya mancung. Bibirnya sederhana. Tidak kecil dan tidak besar. Tidak tebal dan tidak nipis. Dahinya juga luas seperti kakaknya. Dia seorang yang sangat tampan. Malahan dia juga sangat bijak. Markah peperiksaan yang paling rendah pernah diterimanya ialah 95. Dia dicemburui ramai lelaki dan digilai ramai gadis. Setelah habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Rayyan mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang syariah. Kini, setelah berhempas pulas belajar di Mesir, Rayyan boleh pulang ke kampung dengan bangga bersama sebuah ijazah.

Kapal terbang yang Rayyan naiki tepat tiba di Malaysia pada pukul 2 pagi. Rayyan turun dari kapal terbang dan menuju ke tempat bagasi. Setelah selesai urusan di lapangan terbang, Rayyan mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Dia memasukkan bagasinya di bahagian belakang kereta. Dia pergi ke hadapan dan membuka pintu untuk masuk ke dalam teksi apabila tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang. Rayyan toleh ke tepi. Seorang gadis bertudung dan bertopi besar, berbaju seperti seorang ahli sihir yang berwarna merah jambu pandang tepat ke arah matanya.

“Hountou-ni gomene!” (saya betul-betul minta maaf). Ucap gadis itu sambil memberi tunduk hormat 90 darjah kepada Rayyan seperti orang Jepun. Setelah itu, gadis itu tergesa-gesa pergi mengikut rakannya dan hilang pada pandangan Rayyan. Rayyan tergamam buat seketika. Dia langsung tidak memahami apa yang diucapkan oleh gadis itu. Belum sempat mengatakan apa-apa gadis itu telah pun pergi. Rayyan hanya boleh mengeluh. Dunia sekarang makin pelik pada pandangannya.

“Semua dah siap ke encik?Kalau dah, saya nak jalan ni.” Pemandu teksi itu menegur Rayyan bersama sebuah senyuman.
“Dah.” Balas Rayyan pendek sambil tersenyum kembali. Dia segera masuk ke dalam teksi dan menutup pintu kereta dengan rapat. Dia berdoa di dalam hati agar perjalanannya dimudahkan oleh Allah.

Bersambung