Devil Inside Me
Pain, without love. Pain, I can’t get enough. Pain, I like it rough, ‘cause I rather feel pain than nothing at all. Handphone Luca berbunyi. Lagu Pain oleh Three Days Grace dijadikan alarm clock. Dilihatnya jam di handphone. Pukul 6.45 pagi. Luca menguap kecil dan menggeliat. Dia harus bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Dia memegang kunci kafe. Jika dia tidak buka kafe di awal pagi, perniagaannya tidak akan berjalan lancar. Luca sangat mementingkan soal masa. Sebagai seorang Jepun, mengurus masa menjadi keutamaannya. Jika masa tidak diurus dengan baik, hidup akan menjadi kelam kabut.
Luca mencapai kunci kereta Mini Cooper miliknya dan bergegas menghidupkan keretanya. Sebagai bos, Luca harus menunjukkan contoh yang baik kepada pekerjanya. Jika dia pun lambat, apa pula kata pekerjanya nanti. Luca tiba di kafenya tepat pukul 7.30 pagi. Dia membuka kafenya dan memulakan tugasnya di kafe itu. Luca merupakan seorang warganegara Jepun. Dia meninggalkan kerjanya sebagai pengurus bank di Jepun dan berpindah ke Malaysia untuk memulakan hidup baru. Dia menggunakan separuh duit simpanannya dan membuka kafe berdekatan tempat tinggalnya. Separuh lagi dia menggunakannya untuk membeli rumah di situ.
Banglo setingkat yang dihias gaya perumahan Inggeris. Luca mengambil keputusan untuk membelinya walaupun dia melihatnya hanya sekali. Rumah itu benar-benar cantik. Empat bilik tidur dan 5 bilik air. Malah turut mempunyai kawasan lapang di tepi. Betul-betul sesuai dengan cita rasanya yang sukakan kemewahan. Dia menghias rumah itu mengikut cita rasanya dengan mengikut duit baki yang dia ada. Semuanya sempurna bagi Luca kecuali dia tinggal seorang diri.
Bagi Luca itu tidak menjadi masalah bagi dirinya. Dia sering keseorangan sejak kecil. Bapanya meninggalkan ibunya untuk perempuan lain. Ibunya pula berkahwin lain dan meninggalkannya di rumah anak yatim kerana bapa tirinya tidak mahukannya. Luca yang ketika itu hanya 5 tahun tidak mampu berkata apa-apa. Dia juga tidak menangis. Fikirannya kosong. Begitu juga dengan hatinya. Dunianya menjadi gelap. Dia menjadi seorang yang sangat pendiam. Dia mengasingkan dirinya dari kanak-kanak yang lain dan lebih gemar bersendiri. Baginya jika tiada perhubungan maka dia tidak akan terluka.
Luca membesar sebagai seorang lelaki yang sangat kacak. Tingginya 178 cm. Badannya tegap dan sasa. Rambutnya paras bahu dan diikat ekor kuda. Kulitnya licin dan cerah. Dia menjadi kegilaan ramai gadis. Tapi hati Luca ditutup rapi. Peristiwa ditinggalkan ibu bapanya cukup memberi kesan pada dirinya. Dia benci menjalin hubungan. Dia benci disentuh. Hidupnya hanyalah internet dan buku. Luca juga jarang keluar dari bilik kecuali pengurus rumah anak yatim memberikannya kerja untuk dilakukan.
Luca keluar dari rumah anak yatim itu pada usia 18 tahun. Dia bekerja separuh masa di kedai buku dan menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan. Sementara itu Luca tinggal di rumah sewa seorang diri. Dia sanggup membayar lebih kepada tuan rumah supaya tiada siapa yang tinggal di situ selain dia. Luca bernasib baik kerana dapat bekerja sebagai pengurus bank selepas tamat belajar. Hubungan baiknya dengan tuan rumah memberinya keuntungan bila tuan rumah menggunakan orang dalam untuk mendapatkannya kerja di situ.
Selepas 13 tahun bekerja, Luca mengambil keputusan untuk meninggalkan Jepun dan berpindah ke Malaysia. Dia membuka kafe setelah 3 bulan merancang hidupnya di situ. Sudah dua tahun sejak Luca mula-mula membuka kafenya. Pelanggannya makin ramai dan sebahagiannya menjadi pelanggan tetap.
Luca menguap kecil. Matanya memberi isyarat ingin berehat sebentar dari kerja yang banyak. Seharian menguruskan kafe memang memenatkan badan. Malam pula Luca menguruskan akaun kafenya. Dia mengira modal, untung dan rugi. Luca tersenyum sendirian. Kafenya menerima keuntungan berganda dari sehari ke sehari. Tidak rugi dia membuat keputusan untuk membuka kafe di situ. Segala hasil penat lelahnya menampakkan keuntungan buat dirinya. Setelah habis tugasnya di situ, Luca mula mengemas barang dan bersedia untuk pulang ke rumah.
Sampai sahaja di rumah, Luca membuka lampu, mencampak begnya di tepi sofa, jaketnya di atas lantai, dan merebahkan dirinya di atas sofa. Dia benar-benar kepenatan. Luca pandang sekeliling. Kosong. Hanya dirinya. Walaupun dia sudah biasa berseorangan, Luca tidak menafikan dirinya benar-benar sunyi. Pada usia 37 tahun, dia seharusnya bahagia bersama seorang wanita tetapi luka di hatinya tetap tak sembuh walaupun sudah bertahun peristiwa itu berlaku. Dia tak mampu mencintai. Malah, dia tak pernah jatuh cinta. Baginya itu adalah perkara yang mustahil. Luca merenung siling yang kosong. Berfikir mengenai masa depannya. Adakah dia perlu mendapatkan seorang teman? atau terus hidup bersendirian hingga akhirnya.
“Ah! Persetankan semua ini. Pasangan hanya membuat kamu kecewa.” Gumam hati Luca pada dirinya. Luca menutup matanya rapat-rapat. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa. Tanpa disedari air matanya mengalir dalam sepi. Luca tidur dalam tangisan.
Bersambung......